Monday, December 9, 2013

Assalammualaikum semua,

Dalam kesibukan membawa anak-anak bercuti,  sempatlah juga update blog saya ni. Masa jalan-jalan di centre point  kota kinabalu pagi tadi,  anak-anak tertarik hati untuk membeli gelang handmade disebuah gerai di Palm square tingkat 4 tu. Ianya adalah beli secara pakej iaitu beli gelang percuma tulis nama. macam dalam gambar di bawah ni.

ranggi,  stylo dan murah....rm5 je.....


Tuesday, November 5, 2013

Birthday Abg Aepol 05 November 2013...17 Years

Assalammuaikum dan sejahtera semua,

Jumpa kembali dalam entry kali ni . Saya nak upload foto birthday anak sulong saya semalam .  Actually,  birthday dia hari ni tp ayah dia nak buat semalam sbb semua family ada. Saya tak buat banyak menu. Hanya buat mee rojak dan lauk sikit. Almaklumlah... kerja sorang...takde pembantu.

Kek kali ni main beli saja sbb kek yg dibuat tak menjadi. Bantat. Agak kecewa juga tapi apa boleh buat. Nasib baik mak mentua buat ulam sambal pecal. Ada umph jugalah makan.



Semoga Abg Aepol sentiasa sihat sejahtera dan dalam lindungan Allah SWT dalam apa jua yang dilakukannya.  Semoga dia berjaya dalam SPM nya tahun ini dan berjaya dalam hidupnya. Amin .♡

Sunday, October 27, 2013


salam semua,

Hari ini baru ada kelapangan update blog ni. Kebelakangan ni saya agak sibuk dgn persiapan anak saya yg ambil PMR dgn SPM tahun ni.Okt lalu saya buat majlis harijadi anak bongsu saya genap 8 tahun umur.

Saturday, October 5, 2013

Hari ini buat laksa penang untuk sarapan pagi. Resepi saya ambil dari internet tapi saya ubah sikit  sebab bahan takde.

Bahan,

Mee  laksa,
Ikan basung atau ikan kembung (kisar isi berasingan dgn tulangnya, tulang kisar jugak utk dapatkan rasanya)
Daun kesum
Bunga kantan
Serai
Asam keping


Bahan kisar,
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Belacan
Perasa (garam, ajinomoto,gula)

Masak semua bahan hingga mendidih. Makan bersama mee laksa dengan sayur seperti salad,timun,lada merah dan juga garnish dgn telur rebus.

Selamat mencuba.....


Wednesday, September 18, 2013

Hari ni cuma sempat buat bunga tampal pada beg sekolah anak perempuan saye. Simple aje......

Monday, September 16, 2013

Inilah pack popia mini  yang telah ditempah. Boleh dijadikan buah tangan kalau suka.

Tempahan popia mini serunding

Hari ni saye dah siapkan tempahan popia mini serunding udang kering dan serunding daging cikgu sekolah anak saye. Kalau ade sape2 nak tempah popia ni , bolehlah hubungi saya di no hp 0138803533 atau melalui blog ni saje (chat dgn saye...).  ok.
Harga popia ni utk 1kg adalah RM40 untuk popia serunding daging dan RM30 untuk serunding udang kering .  Boleh tempah untuk makan-makan hujung minggu dan hari raya.... Boleh juga beli 1/2kg kalau tak nak banyak sangat atau untuk makan sendiri je....ok ...layan.



Saturday, September 14, 2013

buat snowy cheese cake utk anak-anak

Selamat datang ke blog Era nazihah. Blog ini saya bina untuk saya share dengan semua hasil kreativiti saya dalam seni jahitan, sulaman tangan dan manik serta masakan.



nilah kek Nye...resepi Dari internet jugak...